“Sepanjang saya mengikuti pembelajaran tentang pengkomputeran di ANS Jitra, saya berasa sangat gembira & teruja. Walau saya telah tahu serba sedikit tentang maklumat komputer, namun telah banyak perkara baru yang saya dapat..” Megat Muhammad Firdaus.

“Di sini juga sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Dapat kawan baru, guru pun sporting. Saya berasa bangga dapat menjadi salah seorang pelajar ANS, jadi datanglah beramai-ramai ke ANS untuk belajar komputer..” Siti Anis Zafirah.

“Alhamdulillah setelah saya mendaftarkan diri di ANS, saya bukan lagi orang yang buta IT di era siber ini…Terima kasih ANS” Norazirah Othman
“Saya juga turut memperolehi sijil yang memudahkan saya untuk memohon pekerjaan…” – Nor Asmida bt Lat.

“Kepada pelajar-pelajar yang telah tamat alam persekolahan dan ingin menambahkan ilmu pengetahuan tentang komputer datanglah ke ANS. ANS best sangat…” – Amira bt Man.

“Disini saya ingin menyarankan kepada sesiapa jua di luar sana yang masih tercari-cari pusat komputer, datanglah ke ANS KOMPUTER kerana anda pasti tidak akan kecewa. Waktu pembelajaran juga amat fleksibel dan tidak mebebankan saya. Ilmu yang kita dapat, lebih dari duit yang kita bayar…”
- Faridah bt Sakari.

“Kalau sebelum ini saya tidak berapa kenal tentang processor dan sebagainya, kini saya boleh mengetahui satu persatu tentang fungsi CPU dan perisian di dalamnya. Selain itu, saya juga boleh memasang komputer dengan sendiri tanpa pertolongan daripada orang lain…” – Abu Zar bin Azizi.

“Saya ingin mengesyorkan kepada sesiapa yang belum belajar komputer, datanglah ke sini untuk mengalaminya sendiri. Tuntasnya, hasil pembelajaran di sini amatlah berguna untuk masa hadapan…” -Nadzirah bt Hashim.

“Dengan tunjuk ajar daripada Cikgu Anas sekarang saya saya yakin saya boleh menggunakan komputer dengan baik. Pengajarannya yang menarik dan mudah faham ini akan membuat anda ingin berlajar komputer disini. Saya jamin anda semua tidak akan rugi mempelajari komputer serta melaburkan wang semata-mata ingin belajar komputer disini…” Nur Atikah bt Md Sabri.

“Pada pendapat saya ANS merupakan tempat latihan komputer paling seronok dan tidak membosankan…” – Noor Hazwani bt Radzmi.
“..kemahiran ini dapat saya gunakan sewaktu saya bekerja nanti.” Siti Nor Adilah Binti Hassan.

“Oleh kerana bidang pekerjaan saya amat memerlukan agar saya mahir menggunakan komputer, maka saya terus mengambil keputusan untuk belajar komputer disini. Ternyata ianya amat berbaloi sekali kerana cara pembelajaran disini amat mudah untuk difahami. Dengan ini, saya juga berpeluang untuk memajukan diri dan juga prestasi saya di tempat kerja.” Hazliyatun Hussin.

“…Zaman skg kalau tak ada sijil komputer mmg payah la nak dapat kerja, 2 sume orang taw kan… Tujuannya saya belajar komputer disini supaya selepas saya habis belajar saya akan dapat 1 sijil yg dapat menyenangkan saya untuk mencari kerja kelak coz kerja lani sume nak kena ada sijil komputer dulu baru nak dapat kerja tapi bagus gak erk wat cam 2 tak la ketinggalan sangat dalam dunia IT” Nuur Sayang Farah Hanim